Tuesday, September 6, 2011

~Majlis Berbuka Puasa 2011~

Posted by Permata Subang Jaya at 17:12
Salam...

Dah lama tak update blog.. mohon maaf kepada semua followers... blog kali ini nak story Majlis Berbuka Puasa yang diakan pada bulan Ramadhan baru-baru iaitu pada 19/8/2011 (Jumaat - 19 Ramadhan 1432H). Majlis bertempat di PAPN Subang Jaya. Sebelum majlis berbuka diadakan pada sebelah malamnya, ibubapa & pendidik bergotong-royong memasak bubur lambuk pada sebelah siang. Menu berbuka puasa pada majlis itu selain bubur lambuk ialah nasi, rendang ayam, sayur campur, air teh, koktel dan nasi kerabu..

Tentatif majlis berbuka puasa bermula dengan ibubapa berkumpul dan menyediakan juadah berbuka puasa pada jam 6.30 petang. Kemudian, apabila sampai waktu berbuka puasa, ibubapa dan pendidik bebrbuka dengan memakan buah tamar dan kuih-kuih ringan dahulu. Selepas itu, solat Maghrib berjemaah. Setelah selesai solat Maghrib, ibubapa dan pendidik menjamu selera. Selepas selesai menjamu selera, kerja-kerja membersihkan tempat dan peralatan dijalankan. Sekitar jam 9.30 malam barulah semuanya selesai..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibubapa/penjaga PAPN Subang Jaya yang membantu menjayakan majlis ini. Akhir kata... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

......................................................




























0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez