Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Sambutan Birthday Februari

Posted by Permata Subang Jaya at 23:37 0 comments

Hi Kiddies dan parents.

Berikut adalah rentetan peristiwa majlis sambutan harijadi bulan Februari. Majlis ini ditujukan khas untuk anak-anak yang menyambut harijadi pada bulan februari iaitu

Adik Irfan Hakimi
Adik Irsyad Fathi
Adik Qasrina
Adik Muqri Afsar
Adik Athirah Sofiya
Adik Emelda Mirza dan,
Adik Hadif

Semoga sentiasa ceria dan sentiasa gembira sepanjang usia bertambah dewasa. Mmmmuah :-)


Wednesday, December 8, 2010

Sukaneka Permata Subang Jaya 2010

Posted by Permata Subang Jaya at 19:59 0 comments


Tarikh : 7 Disember 2010
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa
Masa : 8.00 am - 2.00 pm

Majlis Sukaneka 2010 telah pun selamat dilangsungkan dengan jayanya. Sebanyak 5 buah kumpulan yang terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa iaitu rumah kuning, hijau, ungu, coklat dan pink berentap didalam tiga acara iaitu sukaneka anak-anak, ice breaking dan treasure hunt. Pada mulanya acara sukaneka anak-anak dimenangi oleh kumpulan coklat dan mendahului pungutan markah yang sangat jauh dan diekori rapat oleh kumpulan ungu, namun kemenangan oleh kumpulan hijau dalam acara ice breaking dan treasure hunt berjaya membuatkan rumah hijau dinobatkan sebagai juara kumpulan terbaik sukaneka 2010. Tahniah diucapkan.

Acara Treasure Hunt pula menyaksikan ibubapa dan anak-anak menggembleng tenaga untuk mencari cacing, berudu, sarang burung, kulit kayu dan gambar UFO, myvi pink, graffiti malahan bergambar bersama pengawal keselamatan dan penjual aiskrim dengan isyarat tangan simbol `peace'. Tahniah kepada ibu bapa kerana anda sangat `sporting' serta sanggup mengharungi pelbagai tugasan yang mencabar dan pelik.Ibu bapa kali ini memang TERBAIK!.

Juara Acara Sukaneka : Rumah Coklat
Juara Ice Breaking : Rumah Hijau
Juara Treasure Hunt : Rumah Hijau

Kumpulan Terbaik : Rumah Hijau






 


 


Minggu Sains dan Matematik

Posted by Permata Subang Jaya at 19:25 0 comments
Pada 22 November 2010 sehingga 30 November telah diadakan minggu sains dan matematik sempena tema bulan 11 iaitu Teknologi. Anak-anak Permata Subang Jaya telah didedahkan mengenai konsep-konsep sains diantaranya konsep terapung dan tenggelam, ketumpatan air, music wave, roket air dan sebagainya. Ibu bapa perlu memilih dan mempersembahkan eksperimen sains kepada anak-anak. Diharapkan program ini dapat memberikan idea dan pendedahan awal kepada anak-anak Permata Subang Jaya mengenai konsep sains dan matematik.

 

Wednesday, October 6, 2010

Sambutan Aidilfitri 2010

Posted by Permata Subang Jaya at 17:21 0 comments
Tarikh : 5/10/2010
Tempat : Rumah Hijau, PAPN Subang Jaya
Ketua Projek : Teacher Wana & Puan Suhaida Yati (Ibu Danish)

Sungguh meriah sambutan hari raya kali ini dengan bertemakan Aidilfitri 2010,Famili Sedondon. Walaupun majlis bermula agak lewat namun dapat dilangsungkan dengan meriah dengan kehadiran tetamu jemputan, ibubapa dan anak-anak yang sangat teruja untuk meraikan majlis hari raya. Pada masa yang sama diadakan pertandingan menganyam ketupat daun kering, project runaway anak permata dan diakhiri dengan pertandingan famili sedondon.

Berikut merupakan senarai pemenang pertandingan :-

1. Pertandingan Menganyam Ketupat Daun Kering
Tempat 1 - Teacher Ila
Tempat 2 - Ibu Hadif
Tempat 3 - Ibu Danish

2. Pertandingan Project Runaway Anak Permata
Tempat 1 - Adik Qaseh Qairunissa
Tempat 2 - Adik Raidah Adilla
Tempat 3 - Adik Putra Farish

3. Pertandingan Famili Sedondon
Tempat 1 - Keluarga Adik Wan Hairul Raziq
Tempat 2 - Keluarga Adik Hadif
Tempat 3 - Keluarga Adik Danish




Monday, July 19, 2010

Parents Teachers Day (PTD)

Posted by Permata Subang Jaya at 20:23 0 comments
Dear Lovely Parents,

Parents teachers day (PTD) will be scheduled as follow :

Date : 28th July 2010
Time : 1.00 pm ~5.00 pm

For more information/tentative and schedule please feel free to contact Teacher Yati or respective class teacher. Thank You :-)

Permata Subang Jaya... Best!!!! Best!!! Best!!!!

Thursday, June 17, 2010

Majlis Sambutan Hari Lahir (April - Jun 2010)

Posted by Permata Subang Jaya at 12:08 0 comments
Salam semua,
Best....best....memang best. Meriah betul majlis harijadi yang selamat diadakan pada 16 Jun 2010 (Rabu) bertemakan 'PIALA DUNIA'. Parents semua sporting habis especially masa 'Treasure Hunt'. Even baju pun kebanyakannya berkerjasama memakai jersi bola (ada yang sanggup beli). Teachers semua ucapkan tahniah kepada En. Azrien selaku Ketua Projek dan semua ibu bapa yang telah bersama-sama terlibat menjayakan majlis. Kepada parents yang telah membantu sejak dari awal especially Puan Suhaida Yati (ibu Danish), En Khairul Nizad (daddy Farish) yang membantu dan menyumbang tenaga dan 'pot luck' (lontong dan sambal telur puyuh yang best), En. Amzari (ayah Irfan) yang buat pintu gerbang, Puan Siti Noor (ibu Haziq) yang bantu basuh pinggan, Puan Noorizan (ibu Farhana) yang sentiasa 'volunteer' menyediakan hidangan dan parents yang bantu 'clear'kan yang lain-lain Puan Azura (ibu Qiesya), Puan Samsuria (ibu Syaleena) dan Puan Samsuriani (ibu Dareena). Thank you very much.....
Buat Teacher Sya, SELAMAT BERJAYA di tempat baru dan semoga majlis ini menjadi kenangan manis dan PAPN Subang Jaya memberi pengalaman yang berharga.


Friday, June 4, 2010

Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak PERMATA (April-Jun 2010)

Posted by Permata Subang Jaya at 14:15 0 comments
Tarikh   : 16 Jun 2010
Hari      : Rabu
Jam       : 1.30pm
Tempat : Hadapan Rumah Hijau
               PAPN Subang Jaya
Tema    : Piala Dunia


Kepada ibu bapa/penjaga, sila sahkan kehadiran kepada pendidik secepat mungkin. Pastikan pakaian pada hari tersebut mengikut tema. Jom kita meriahkan Majlis Sambutan Hari Lahir PAPN Subang Jaya.

Friday, May 21, 2010

Bowling Tournament ~ 20/5/2010

Posted by Permata Subang Jaya at 21:54 0 comments
Tarikh : 20/5/2010
Tempat : Ampang Superbowls@USJ, The Summit
Masa : 2.00 pm - 6.00 pm
Ketua Program : Pn Samsuria Jamaluddin

Banyak sungguh aktiviti bulan ini, dan seperti yang dinantikan pertandingan bowling diantara anak-anak, parents dan teachers. Untuk pengetahuan seramai 48 orang parents dan 8 teacher telah pun dibahagikan mengikut lima kumpulan seperti YELLOW FOLLOW, RED GIANT, PURPLE HUMBLE, BLUES CLUES dan GREEN PEACE. Berikut adalah pemenang setiap kategori;

Kategori anak-anak : Tempat 1 - Nur Fatin Husna
                                 Tempat 2 - Ahmad Faathir
                                 Tempat 3 - Nur Eriesya Dareena

Kategori Teacher : Tempat 1 - Ibu Az
                             Tempat 2 - Ibu Tina
                             Tempat 3 - Teacher Lina

Kategori  Perempuan : Tempat 1- Pn Noorizan ( Ibu Farhana)
                                   Tempat 2 - Cik Fatin Nadzirah ( Kakak Dania)
                                   Tempat 3 - Pn Azura ( Ibu Qiesya)

Kategori Lelaki : Tempat 1 - Encik Yusaini ( Suami Ibu Az)
                          Tempat 2 - Encik Mohd Yusri ( Ayah Khalish)
                          Tempat 3 - Encik Mohd Najib ( Suami Ibu Tina )

Kategori Kumpulan : Tempat 1 - Kumpulan Blues Clues
                                 Tempat 2 - Kumpulan Yellow Follow
                                 Tempat 3 - Kumpulan Purple Humble
                                 Tempat 4 - Kumpulan Green Peace
                                 Tempat 5 - Kumpulan Red Giant

Raja Longkang : Encik Fauzi ( Ayah Adilla )
Ratu Longkang : Teacher Ila

Dan diakhir pertandingan turut disampaikan hadiah untuk hari ibu berupa kad hari ibu yang dibuat sendiri oleh anak-anak dan sekuntum bunga ros. Manakalah hadiah hari guru turut juga disampaikan sempena sambutan hari guru baru-baru ini.










































Bengkel Keibubapaan ~ 20/5/2010

Posted by Permata Subang Jaya at 21:36 0 comments
Tarikh : 20/5/2010
Tempat : Auditorium 2  Kompleks 3C MPSJ
Masa : 9.00 am - 12.30 pm
Ketua Program : Teacher Anne

Pada bulan Mei, PAPN Subang Jaya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Pendidik PAPN Subang Jaya telah melaksanakan Bengkel Keibubapaan dengan jayanya. Pn Hajah Mahanom bt Haji Basri, selaku penyelia dan mentor PERMATA Subang Jaya dijemput untuk memberi ceramah tentang Program PERMATA dan pendedahan meluas mengenai komponen-komponen yang dititikberatkan di dalam kurikulum PERMATA. Terima kasih kepada ibu bapa atas sambutan yang agak memberangsangkan. Atas permintaan ibu bapa, bengkel seumpamanya insyaallah akan diadakan lagi. Terima kasih juga kepada pendidik praktikal kerana persembahan yang menarik sekali.

Dah habis kan bengkel.....jom...jom...siap...nak pi bowling lak.....



























 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez