Friday, June 10, 2011

Sambutan Hari Ibu, Bapa & Pendidik

Posted by Permata Subang Jaya at 12:45
Salam...

Pada 25hb Mei 2011, PAPN Subang Jaya telah mengadakan sambutan Hari Ibu, Bapa & Pendidik. Sambutan diadakan secara sederhana di PAPN Subang Jaya. Pelbagai acara dijalankan seawal jam 9.00 pagi. Sambutan ini dimulakan dengan acara kanak-kanak iaitu acara "Rebut Kerusi". Kemudian acara ibubapa dijalankan. Antara acara ibubapa yang dijalankan ialah Perlumbaan Lari Kendong Anak, Make Over (bapa make-up ibu), pertandingan makan nugget & kentang & pertandingan tarik tali antara kaum bapa serta pertandingan tarik tali antara kaum ibu & pendidik.

Setelah selesai semua acara dijalankan, sambutan diteruskan dengan menyambut hari jadi anak-anak PAPN Subang Jaya yang lahir pada bulan Mei. Kemudian, untuk penutupan sambutan, masa yang yang paling ditunggu ialah, Makan time!!!... terima kasih kepada ibubapa yang membawa potluck untuk sambutan ini dan semua ibubapa yang menjayakan serta memberi kerjasama dalam sambutan Hari Ibu, Bapa & Pendidik tahun ini.... ~Luv~

           































0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez