Seronok sangat dapat memasang khemah bersama dengan rakan-rakan sambil duduk berteduh dari panas bersama-sama rakan-rakan dan para guru. Terima kasih ayah farwizah dan ayah irfan kerana memasang khemah untuk kami. Rasa sangat seronok dan gembira.
Mungkin khemah yang dipasang terlalu kecil, selepas ini hendak pasang pula khemah yang lebih besar!! Yahoo...
Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts
Thursday, March 17, 2011
Monday, March 14, 2011
Rawatan Pergigian dan Puppet Show Klinik Pergigian Petaling Jaya
Pada 14hb Mac yang lalu, klinik pergigian petaling jaya telah menjalankan 'flouride varnish' terhadap kanak-kanak di Permata Subang Jaya dan pada masa yang sama memberikan persembahan interaktif, puppet show mengenai kesihatan gigi.Seramai lima jururawat telah memberikan perkhidmatan tersebut kepada kanak-kanak.
Selepas ini, kanak-kanak akan lebih mahir mengenai cara menjaga gigi. Gigi sihat, badan kuat :-)
Selepas ini, kanak-kanak akan lebih mahir mengenai cara menjaga gigi. Gigi sihat, badan kuat :-)
Categories
Activities
Monday, February 28, 2011
Aktiviti Bulan Februari
Salam 1 Malaysia,
Bulan Februari dihiasi dengan tema keluarga dan rakan saya. Seperti biasa kanak-kanak akan didedahkan tentang aspek membina perhubungan yang baik dengan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain. Yang lebih penting, kanak-kanak diajar konsep begini sambil bermain bersama-sama. Penerapan enam komponen Permata dan nilai-nilai murni ditekankan sepanjang pembelajaran mereka disini. Sambil belajar, kami juga bermain!!!
Categories
Activities
Saturday, November 13, 2010
Pemberitahuan
Kepada Ibu Bapa yang dikasihi,
Tarikh : 22/11/2010
Masa : 8.30pm - 12.30pm
Program : Science and Maths Day dan Taklimat Hari Keluarga
Program bulan 11 akan dijadualkan pada 22/11/2010 bermula 8.30 am hingga 12.30 pm. Jika ibu bapa tidak dapat hadir, bolehlah membuat aktiviti tersebut pada hari lain dengan membuat perancangan masa dan hari bersama guru kelas masing-masing. Jika ada sebarang masalah, bolehlah merujuk kepada Teacher Mar dan Teacher Wana.
Categories
Activities
Thursday, October 21, 2010
Aktiviti Anak-Anak - Live Band
Untuk mencungkil bakat adik-adik dalam bidang muzik, adik-adik telah didedahkan dengan pelbagai jenis alat muzik jenis percussion sehinggalah alat muzik tradisional iaitu angklung.Pada kali ini, adik-adik mencuba untuk menyanyikan lagu sambil bermain alat muzik yang biasa sambil mengikut rentak dan tempo lagu tersebut. Walaupun adik-adik agak sukar mengikut rentak satu persatu sambil bermain muzik, tetapi adik-adik tetap mahu mencuba untuk bermain alat muzik sehingga mampu menyanyikan tujuh lagu tanpa henti. Tahniah :-)
Categories
Activities
Monday, October 18, 2010
Aktiviti Anak-Anak - Mari Membuat Susu
Bagi adik-adik rumah merah, aspek pengurusan diri diterapkan sepanjang bulan ini. Sebelum ini adik-adik diajar sambil dibantu oleh teacher untuk membuat susu sendiri, tetapi kali, adik-adik diajar dan dibantu oleh teacher untuk membuat susu bagi semua kawan-kawan rumah biru dan merah. Adik-adik sangat gembira kerana dapat membantu teacher membuat susu untuk kawan-kawan yang lain.
Categories
Activities
Thursday, October 14, 2010
Aktiviti Anak-Anak - Membuat Volcano
Adik-adik rumah biru telah didedahkan dengan eksperimen sains mengenai bencana alam. Adik-adik didedahkan dengan konsep gunung berapi menerusi pameran gambar dan video. Kemudian adik-adik diajar bagaimana untuk membuat eksperimen sains menghasiklan volcano. Adik-adik sangat teruja melihat volcano yang dihasilkan dengan hanya menggunakan soda bikarbonat, cecair pencuci dan cuka. Sepanjang eksperimen ini dijalankan, adik-adik juga diterapkan mengenai aspek keselamatan dan kebersihan sepanjang menggunakan bahan-bahan tersebut.
Categories
Activities
Monday, October 11, 2010
Aktiviti Anak-Anak - Majlis `Sharing is Caring'
Pada kali ini, teacher dan adik-adik rumah hijau telah pun berpakat untuk mengadakan majlis makanan dan minuman. Adik adik membawa makanan dan minuman dari rumah lalu dan berkongsi makanan dan minuman bersama dengan rakan-rakan disekolah. Pelbagai hidangan yang menrik dibawa dari rumah. Disini adik-adik diterapkan konsep `sharing is caring'.
Pada masa yang sama adik-adik dari rumah biru dan merah serta teacher yang lain turut dijemput memeriahkan suasana :-)
Categories
Activities
Sunday, May 2, 2010
Videos
Dear parents,
Please check out our new videos of permata subang jaya childrens activities on our Youtube Permata Subang Jaya.
Enjoy!!
Please check out our new videos of permata subang jaya childrens activities on our Youtube Permata Subang Jaya.
Enjoy!!
Categories
Activities
Tuesday, April 27, 2010
Aktiviti PERMATA-April
Tema bagi bulan April adalah berkaitan dengan lima deria manusia iaitu deria sentuhan, deria rasa, deria bau, deria pendengaran dan deria penglihatan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang berjaya di `snap' oleh pendidik. Nampak happy dan ceria anak-anak kita sepanjang bulan ini.
Categories
Activities
Projek Taman Herba
Projek Taman Herba merupakan projek yang diilhamkan oleh guru-guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) PERMATA, Teacher Juna, Teacher Azza dan Teacher Fatimah. Projek tersebut telah berjaya menjadi tarikan utama pelawat yang mengunjungi Permata Subang Jaya. Ibu bapa memberikan kerjasama yang baik dengan membawa pokok-pokok herba, baja, tanah, pasu dan pelbagai lagi.
Kini terdapat hampir 25 jenis pokok seperti daun selasih, mas cotek, misai kucing, limau purut, daun kari, daun pandan wangi, daun kesum, pokok kucai, pokok serai dan banyak lagi. KPLI teachers turut beri penghargaan kepada penglibatan parents dengan menamakan pokok-pokok tersebut sempena nama anak-anak mereka. Ia telah memberi pendedahan meluas kepada anak-anak PERMATA Subang Jaya. Terima kasih semua especially to you Teacher Juna, Teacher Azza and Teacher Fatimah. For your infomation, kitorang hari-hari siram pokok-pokok tu kecuali weekend. :-)
Categories
Activities
Subscribe to:
Posts (Atom)
