Friday, June 22, 2012

Lawatan ke Melaka..

Posted by Permata Subang Jaya at 04:03
Salam....

Sorry kepada followers sebab dah lama tak update blog... Ok, untuk blog kali ini, PAPNSJ nak share ttg Lawatan ke Melaka yang kami telah jalankan pada 27/4/2012... Lawatan ni daripada pagi sampai la ke malam... Ibubapa dan pendidik mula berkumpul di PAPNSJ jam 6.30 pagi dan bergerak ke Melaka pada jam 7.30 pagi. Ada parents yang menaiki bas yang disediakan, dan ada juga yang membawa kenderaan sendiri. Kami bergerak secara konvoi.

Apabila sampai saja di Melaka pada jam 9.30 pagi, kami terus saja ke destinasi yang pertama iaitu melawat muzium-muzium di seluruh bandar Melaka. Antara Muzium yang kami lawati ialah Muzium Sejarah & Etnografi yang terletak di Bangunan Stadthusys, Muzium Pendidikan, Muzium Yang di Pertua Negeri Melaka, Muzium Samudera Fasa 1 & 2, dan Muzium Kesultanan Melaka. Lawatan di muzium-muzium mengambil masa selama 2 jam. Selepas makan tengahari, kami bergerak ke Zoo Melaka.Di Zoo Melaka, kami melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di sana dengan menaiki keretapi zoo. walaupun agak lama menunggu keretapi, tapi kami seronok melawat zoo. Selepas melawat Zoo Melaka, kami berehat dan solat sementara menunggu agenda seterusnya.

Pada waktu malamnya pula, dalam jam 8.30 malam, kami semua ke Melaka River Cruise untuk menaiki bot dan melihat suasana malam di sekitar Bandar Melaka.. Bandar Melaka sangat cantik di waktu malam dengan hiasan lampu-lampu di tepi-tepi Sungai Cruise.

Akhirnya, pada jam 11.00 malam, kami semua bertolak pulang ke PAPN Subang Jaya.. Walaupun penat berjalan sehari suntuk, tapi ianya sangat menyeronokkan... ;-)



Gambar-gambar semasa Lawatan Ke Melaka.










0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez