Saturday, November 13, 2010

Pengumuman

Posted by Permata Subang Jaya at 09:38
Dipetik dari blog PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai makluman kepada ibu bapa yang ingin memohon untuk kemasukan di Pusat Anak Permata Negara Subang Jaya.


Pihak PERMATA Negara ingin mengumumkan yang Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang yuran/bayaran kepada ibu bapa yang anaknya terpilih memasuki PAPN. Apa yang diperlukan buat masa ini ialah sumbangan 4 jam sebulan dari ibu atau bapa untuk menyertai aktiviti bersama kanak-kanak di PAPN.


Dimaklumkan juga pengumuman ini merangkumi PAPN di bawah seliaan Bahagian PERMATA sahaja dan bukan Taska PERMATA KEMAS, Taska PERMATA Perpaduan, Taska PERMATA Komuniti dan Taska PERMATA Tempat Kerja kerana ia bukan di bawah seliaan kami.

Hanya Pusat Anak PERMATA Negara sahaja yang berada di bawah seliaan JPM.

Terima kasih.
 
________________________________________________________________________________

Untuk maklumat tambahan, hanya Yuran PIBP (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk Pusat Anak Permata Subang Jaya yang diputuskan pada mesyuarat Agung 16/1/2010 iaitu RM20 sebulan akan dikenakan.

Harap Maklum

0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez