PERMATA Subang Jaya sedang menjalankan kempen tahunannya iaitu cintailah alam sekitar, kurangkan pemanasan global. Maka projek julung-julung kalinya diadakan di PERMATA Subang Jaya dengan gabungan tenaga pendidik dan guru-guru praktikal KPLI untuk melancarkan projek Taman Herba yang bakal dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Taman Herba akan ditempatkan di sebelah rumah Merah (Floral Village) sempena dengan tema yang bersesuaian dengan kelas tersebut.
Justeru itu setiap ibubapa mewakili anak mereka perlu menanam satu pokok herba (bukan pokok berbunga ye...) yang akan dinamakan sempena nama anak mereka. Teacher-teacher juga akan terlibat sama. Maka akan ada sekurang-kurangnya 35 jenis tanaman. Anak-anak akan bertanggungjawab terhadap proses pembesaran dan tumbesaran pokok herba mereka dengan bantuan guru-guru dan ibubapa.
Oleh yang demikian diminta kerjasama ibubapa dikehendaki untuk membawa anak pokok herba (bukan benih), tanah hitam dan alatan pertanian. Demostrasi dan cara menanam pokok herba akan diajar oleh tenaga pengajar berkaliber yang dijemput khas dan akan membantu anak-anak ketika proses menanam pokok herba tersebut.
Surat pemberitahuan secara detail akan diedarkan. Sebarang pertanyaan boleh rujuk pada ketua projek, Teacher Azza dan Teacher Juna (guru praktikal KPLI).
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment