Tuesday, March 2, 2010

Aktiviti Mengecat dan Keceriaan Permata Subang Jaya (4-7 Februari 2010)

Posted by Permata Subang Jaya at 22:13
Hai semua... disebabkan teachers semua agak sibuk dengan urusan berbangkit, maka post tak begitu up to date. Harap maaf semua.. Insyaallah, jika selesai semua urusan, blog permata subang jaya akan menjadi rancak seperti yang diharapkan.

Berikut merupakan gambar selingan untuk program keceriaan.

Sebelum memulakan aktiviti keceriaan, ibubapa mereah idea dan keringat memilih tema dan warna yang terbaik untuk kelas anak-anak mereka. Idea dari ibubapa ini diberi penghargaan memandangkan mereka juga merupakan tulang belakang kepada pembangunan mental, fizikal dan sahsiah anak-anak. Justeru itu, guru-guru memberi peluang terbuka pada ibubapa untuk menentukan sendiri tema dan warna untuk kelas anak masing-masing

Rumah hijau memilih warna hijau daun cerah dan gelap manakala perabot kayunya dicat semula dengan thinner. Tema yang dipilih adalah Rustic Cabin ataupun Rumah Kayu.

Manakala rumah biru dicat dengan warna biru aqua dan perabot diwarnakan dengan warna putih. Tema yang dipilih adalah English House. Rumah merah pula tampil berlainan dengan pilihan Pink dan Red Purple walaupun dan tema yang dipilih adalah Floral Village.

Kini masing-masing sedang berlumba untuk mencantik dan menghias kelas masing-masing. Kelebihan pada anak-anak di Permata Subang Jaya dapat merasai tiga bilik yang berlainan atmosfera.
p/s: Kalau mahu gambar, boleh bawa pen drive yang tiada virus untuk pindah file. Thank You :-)




0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez