Sunday, January 10, 2010

Hari Pendaftaran

Posted by Permata Subang Jaya at 11:11


Hari pendaftaran anak-anak baru dan lama di PERMATA Subang Jaya telah berjalan dengan sempurna pada 4 Januari 2010, Isnin, 9.00 am. Seramai 15 orang anak-anak baru dan 17 anak-anak lama telah pun mendaftarkan diri dan ibu bapa seterusnya medengar taklimat daripada ketua pendidik.

Berikut merupakan pecahan anak-anak yang ditempatkan mengikut kelas masing-masing.

Rumah Hijau (4 Tahun) - 13 anak-anak (2 Pendidik)
Rumah Biru (3 Tahun) - 14 anak-anak (2 Pendidik + 1 Pembantu)
Rumah Merah (1-2 Tahun) - 6 anak-anak (1 Pendidik + 1 Pembantu)

Pada majlis taklimat kepada ibubapa, Ketua pendidik menekankan mengenai aspek penglibatan ibubapa yang akan dipantau secara menyeluruh iaitu 4 jam sebulan atau 1 jam seminggu. Pada masa yang sama, Ketua Pendidik menyeru supaya ibubapa dan pendidik bergerak sebagai satu komuniti dan saling bantu membantu untuk menjayakan segala porgram, aktiviti dan melancarkan proses pembejalaran anak-anak di Permata Subang Jaya agar matlamat dan objektif Permata dapat dilaksanakan.


0 comments:

Post a Comment

 

Permata Subang Jaya Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez