Salam 1 Malaysia..
Blog kali ini nak kongsi aktiviti pada bulan April baru-baru ini. Pada 12 April 2011 iaitu pada hari Selasa, PAPN Subang Jaya telah mengadakan lawatan ke Institut Kraftangan Negara (IKN) yang bertempat di Rawang. Ibubapa dan Pendidik berkumpul di PAPN Subang Jaya seawal jam 7.30 pagi. Kemudian, rombongan bertolak secara konvoi dari PAPN Subang Jaya ke Rawang pada jam 8.30 pagi dan tiba di IKN Rawang pada jam 10.00 pagi.
Setibanya di IKN, kami disambut oleh beberapa kakitangan Intitut Kraftangan Negara (IKN) dan kemudian kami dibawa ke dewan Cempaka untuk menjalankan aktiviti mencanting batik.
Anak-anak PAPN Subang Jaya menjalani aktiviti mencanting batik dengan bantuan ibubapa masing-masing. Pelbagai gaya, ragam dan keletah anak-anak dapat dilihat sepanjang aktiviti dijalankan. Setelah selesai aktiviti, pihak PAPN Subang Jaya dan IKN bertukar-tukar cenderahati.
Aktiviti lawatan ini tamat pada jam 1.00 petang dan rombongan pulang setelah selesai makan tengahari.
Sunday, May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment